By heidiz
Okeh sempena ari cuti nie. .
Wa nk kasik resepi Ketam Masak Lemak
Simple,xbnyk bahan, mudah dimasak
Sesuai untuk Gul yg nk belajar memasak key! \\\
* Resipi diambil dari *O***** *A**** Coffee House, Hotel *O*** Kuala Lumpur
Ketam Masak Lemak
Bahan:
• 1/2 kg ketam
• 1/2 biji kelapa/serbuk santan
• 15 biji cili api/cili kering
• 5 ulas bawang merah
• 5 ulas bawang putih
• 2.5 sm kunyit
• 1 batang serai
• Garam
• Gula
+/- Read More
Cara membuatnya:
1. Ketam dipotong dan dibersihkan.
2. Kelapa diperah dan diambil santannya (asingkan patinya.)
3. Cili, bawang merah, bawang putih dan kunyit ditumbuk.
4. Masukkan santan dan serai di dalam periuk di atas api yang sederhana.
5. Masukkan bahan tumbuk dan kacau sehingga mendidih.
6. Masukkan ketam dan masak sehingga ketam berwarna jingga kemerahan.
7. Tambah garam secukup rasa dan gula jika perlu.
4 comments:
sedap nyer
best2
aku masak ni xpenah kira bpe bijik bawang aku guna. hahah. kena guna 5 rupanya. lol.
he he fatin pandai masak weii. .
sape nk jadik laki die :p
diam ah
Post a Comment