Keistimewaan yang Tuhan berikan kepada wanita terlalu banyaknya.
"Kasihnya Tuhan kepada wanita!" Itulah kata-kata yang paling mudah digunakan untuk menggambarkan 'layanan' istimewa terhadap wanita dalam Islam.
Sesungguhnya, tidak akan ada mana-mana ajaran, ideologi, isme atau agama lain yang dapat melayan wanita dengan sebegitu baik sepertimana Islam melayan wanitanya. Malah, kalau bergabung pun kesemua wanita yang cerdik pandai, berharta dan berkuasa di seluruh dunia ini untuk menambah hak dan pengiktirafan buat mereka, mereka pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan serta layanan baik
yang Allah SWT tawarkan buat seorang wanita di dalam Islam.
Namun, ramai wanita yang tidak memahami hal ini. Lantaran itu kebanyakan
mereka tertipu oleh nafsu sendiri dan merasa terkongkong dengan amalan atau
larangan tertentu yang digunakan ke atas wanita Islam seperti amalan
menutup aurat, larangan bergaul bebas, poligami, larangan wanita menjadi pemimpin dan lain-lain lagi. Mereka cukup takut dan gerun dengan kesemua amalan atau larangan yang dianggap sangat menindas wanita.Walhal kalau dikaji setiap
satu amalan atau larangan itu, mudah sahaja untuk melihat hikmah dan
kebaikannya kepada kaum wanita itu sendiri.
Lalu kita melihat apa yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang hak wanita
ialah mereka kalau boleh tidak mahu sebarang sekatan dikenakan ke atas
mereka. Tentulah ini tidak munasabah. Sedangkan manusia sendiri banyak
membuat peraturan-peraturan serta larangan itu dan ini, atas alasan hendak
menjaga keselamatan diri atau masyarakat awam. Contohnya, dalam soal
lalu-lintas, terlalu banyak peraturan dan larangan yang manusia buat
seperti
jangan memandu melebihi had laju, tidak boleh letak kereta di garisan
kuning, mesti berhenti apabila ada isyarat lampu merah, mesti hidupkan
lampu
selepas pukul 7 malam dan berbagai-bagai lagi. Kalau dalam bidang sekecil
ini pun perlu banyak peraturan dan larangan, sudah tentulah dalam bidang
kehidupan lebih memerlukan lagi, dan lebih-lebih lagilah kalau skopnya itu
jauh lebih luas iaitu untuk keselamatan dunia dan Akhirat.
Tuhan sebenarnya sangat kasih dan memuliakan kaum wanita. Segala suruhan
dan larangan yang Tuhan kenakan ke atas kaum wanita tidak lain dan tidak
bukan ialah untuk memastikan keselamatan dirinya dan masyarakat dan
sekali-kali bukan untuk menyusahkan mereka. Tetapi, atas hujah dan alasan
apa dakwaan ini dibuat? Mari kita lihat satu persatu pengiktirafan yang
diberikan olehTuhan kepada wanita, sama ada setara langsung atau pun tidak.
i) Gelaran bagi `isteri' di dalam Al Quran
Perkataan yang Allah SWT gunakan di dalam Al Quran untuk menunjukkan suami
atau isteri adalah perkataan yang sama, sedangkan dalam bahasa-bahasa lain,
perkataan untuk suami dan perkataan untuk isteri menggunakan dua perkataan
yang berbeza. Misalnya, dalam bahasa Inggeris, perkataan untuk suami ialah
`husband' manakala perkataan untuk isteri ialah `wife'. Sementara dalam
bahasa Perancis pula, perkataan untuk suami ialah `mari' manakala perkataan
‘femme’ untuk isteri.
Tetapi di dalam Al Quran, suami dan isteri tidak disebut dua perkataan yang
berbeza `zaujuh' dan `zaujati'. Hanya satu perkataan yang digunakan untuk
kedua-duanya iaitu `zaujuh' yang bermakna `pasangan'. Islam melihat suami
dan isteri adalah pasangan, penutup dan juga pelindung buat yang lain.
Mereka dilihat sebagai sepasang, bukan berasingan. Sudah tentulah ini
bermakna yang kaum lelaki di dalam Islam tidak dianggap lebih mulia
daripada
kaum wanitanya. Apabila kita mengatakan sepasang kaca mata, sepasang stokin
atau sepasang baju, tentulah kita menganggap mereka setara dan tidak dapat
dipisahkan di antara satu sama lain. Dan sudah tentulah kita tidak
menganggap yang stokin kanan lebih hebat daripada stokin kiri atau kaca
mata
kanan lebih baik daripada kaca mata kiri. Begitulah tamsilannya sepasang
suami isteri di dalam Islam seperti yang tercatat di dalam Al Quran.
Namun, gelaran zaujuh ini hanya diberikan kepada isteri yang sama beriman.
Bagi isteri yang tidak beriman, mereka tidak disebut zaujuh. Contohnya,
isteri Nabi Lut dan isteri Nabi Nuh. Di dalam Al Quran, mereka disebut
’imraah’, kerana isteri sebegini tidak dianggap pelengkap, pelindung atau
penutup kepada suaminya.
ii) Pembelaan Rasulullah SAW Terhadap Wanita
Rasulullah SAW ada banyak menyatakan Hadis-Hadis yang menunjukkan betapa
wanita itu dimuliakan di dalam Islam. Antaranya:
a. "Syurga di bawah telapak kaki ibu." Apakah wanita tidak rasa mulia
dengan Hadis ini? Mengapa Rasulullah SAW memilih perkataan "di bawah
telapak
kaki" dan bukan "di dalam tangan" atau "di sisi" seorang ibu? Sudah tentu
ini sangat menggambarkan mulianya seorang wanita di dalam Islam. Seorang
yang faham tentu akan sangat memandang mulia, menghormati, membela serta
berlumba-lumba untuk berkhidmat dan meng’hamba’kan diri kepada ibunya
(dengan syarat segala yang dibuat itu tidak melanggar syariat). Tidakkah
beruntung menjadi seorang ibu di dalam Islam? Dia tidak akan terbiar dan
dipinggirkan, malah akan sentiasa dibela, dihormati dan dimuliakan oleh
anak-anaknya.
b. "Orang yang paling baik dari antara kamu itu ialah yang paling baik
kepada isi rumahnya, dan aku ini orang yang paling baik dari antara kamu
kepada isi rumahku."
c. "Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan orang yang mulia,
dan tidak menghina akan perempuan-perempuan melainkan orang yang hina."
(Hadis riwayat Ibnu `Asakir)
d. "Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan.
Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin
kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang
banyak."
e. "Janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada seorang (isterinya
yang)
mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka,
tetapi (tentu) ada lain perangainya yang is suka."
(Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)
Demikianlah hak-hak istimewa seorang wanita yang diberi oleh Islam. Dalam
atu masyarakat yang bertaqwa, kaum wanita tidak perlu bimbang yang mereka
akan diperleceh, dipermain atau diperkotak-katikkan oleh kaum lelaki,
sebaliknya mereka boleh yakin bahawa pihak lelaki akan sentiasa melindungi,
menasihati, menegur dan membimbing mereka dengan ikhlas.
iii) Bahagian Tubuh Wanita Dianugerahkan Nama yang Mulia
Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nana yang begitu mulia
iaitu rahim. Perkataan ini diambil dari nama Tuhan, yang bermaksud `Maha
Penyayang'. Sudah tentulah Tuhan tidak akan memberikan nama yang semulia
ini
kepada sesuatu yang hina di sisi-Nya. Sudah tentuTuhan akan memilih sesuatu
yang mulia juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Tuhan tidak
berikan nama yang semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki tetapi Dia
memberikannya kepada bahagian tubuh wanita. Rahim inilah yang merupakan
penghubung kepada makhluk. Di dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaanTuhan
dan memberi makan kepada apa yang Tuhan ciptakan.
Kaum wanita sepatutnya merasa sangat malu kepada Tuhan kerana memberi
penghargaan yang begitu tinggi kepada mereka. Siapa boleh nafikan
kepentingan rahim untuk kewujudan manusia? Anugerah rahim kepada wanita
sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan akan mulianya wanita di sisi
Tuhan.
iv) Diberi Pahala yang Berterusan
Wanita disebut `kurang dari sudut agama', tetapi ini bukan bermaksud yang
wanita itu kurang dari sudut iman dan taqwanya. Mereka cuma kurang bersolat
ketika datang haid dan nifas. Namun, oleh kerana di waktu-waktu lain mereka
sentiasa bersolat, maka sepanjang waktu haid dan nifas itu, Tuhan tetap
memberikan juga pahala solat sekiranya mereka dapat bersabar dengan
keadaannya yang tidak selesa itu.
Bayangkan seorang wanita yang baru melahirkan anak. Sudahlah digugurkan
dosa-dosanya seperti seorang bayi yang baru lahir, diberikan pula pahala
solat percuma sepanjang dia dalam keadaan nifas. Dan kalau dia sabar
menyusu, memelihara dan melayan kerenah anaknya pula, makin banyaknya
pahala yang Tuhan sediakan untuknya.
Aduh! Maha Pemurahnya Tuhan kepada wanita. Maha Baiknya Tuhan kepada
golongan yang sering dianggap lemah dan terpinggir ini! Kalaulah
wanita-wanita pejuang hak asasi itu tahu begini sekali ganjaran-ganjaran
yang Tuhan berikan kepada seorang wanita mukminah, pastilah mereka akan
meninggalkan perjuangan mereka. Tidak ada apa-apa lagi hak yang perlu
diperjuangkan oleh seorang wanita mukminah. Yang Tuhan tawarkan itu pun
sudah terlampau banyaknya.
No comments:
Post a Comment