Saturday, April 4, 2009

Kenape masih bujang (Must Read Section)

(Sebuah rahsia di sebalik perkahwinan)

Photobucket

Entry ini adalah khas untuk member member sekepala dan awek aweks lama yang selamat mendirikan rumah tangga pada hari jummaat, sabtu, ahad dan isnin tadi! Kepada yang belum kahwin, ada beberapa adegan yang akan menyinggung perasaan, penulis tidak bertanggung jawab sekiranya korang naik ‘sheikh’..oh!

Credit to http://keretamayat.blogspot.com/ n Bro HAMKA

+/- Read More

Imbas kembali…
Satu hari isteriku menangis-(menangis yang amat.)
Ku hampiri dia, ku gosok belakangnya, ku genggam tangannya. ku renung matanya, ku lihat pada matanya penuh dengan air mata kesedihan..., kataku…

"sayang, sekiranya inilah caranya Allah nak ampunkan dosa kita, alangkah ringannya penderitaan ini..."

Dia merenungku, memikirkan kata kataku.
Aku menyambung...

"sayang, apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan kita dari azab api nereka dan masukkan kita ke dalam shurga yang kekal abadi, alangkah 'indahnya' penderitaan ini..."

Dia terus memelukku dan menangis.
Kami saling berpelukkan, Aku juga menangis....

Tamat.
(amacam? romantik tak aku? sayangilah bini korang sebelum dia bertukar menjadi mayat...)

Ha ha ha!
Itulah asam garam rumah tangga, korang yang tak kahwin lagi, tak dapek lah nak merasa semua itu, sempena musim kahwin ni, aku ucapkan selamat pengantin baru kepada member member sekepala dan awek aweks lama yang selamat mendirikan rumah tangga pada hari jummaat, sabtu, ahad dan isnin tadi!

Satu tazkirah ulangan:
Tazkirah yang aku tujukan buat isteriku dan semua member member sekepala dan awek aweks lama yang selamat mendirikan rumah tangga pada hari jummaat, sabtu, ahad dan isnin tadi!

Pada awal perkahwinan, aku telah bertazkirah pada isteriku supaya aku nampak berilmiah kerana perempuan memang suka kat lelaki yang berilmiah lagi beriman…
Kataku:

"wahai sayang, awak tahu tak apakah rahsia di sebalik jari jemari abang ni?
(Tentulah isteri aku nak tahu, dan isteri mana yang tak suka kat suami yg bijak dalm tutur kata… he he he.saje jer aku nak tunjuk terer…)

Aku kata: wahai isteriku, lihatlah jari jemari abang ini,(kasar, keras dan berkematu)
Jari ibu ni melambangkan ugama islam tau iman!, merupakan jari yg terpenting sekali dlm ke semua jari-jemari, tanpa jari ini(insyaAllah) tak boleh nak suap nasi kemulut, nak pegang pisau, nak hantar SMS, nak picit jerawat, nak tekan spacebar, nak itu-ini, begitu begini bla bla.bla

Sebegitulah pentingnya iman pada hidup ini.. dan bila jadi mayat kelak... sangat penting!!!
(sambil aku membuatkan isyarat 'good' dengan ibu jari..)

Jari telunjuk pulak mewakili ilmu, cth bila org tanya mana masjid?,aku kata:tu, !Aku tunjuk ngan jari telunjuk(tak tau lah kalau korang tunjuk ngan ibu jari he he)

Mana binatang jahat tu?Aku kata: Tuuuuuuu…tunjuk ngan jari telunjuk menunjukkan ilmu yg ada dan bukan nak menunjuk-nunjuk… (lantak koranglah kalau korang nak tunjuk ngan ibu jari atu dengan mulut yang memuncung )

Isteri tanya: jari tengah ni mewakili apa pulak bang?

Aku kata: Jari ni mewakili: (FU*K) jari nafsu, di gunakan untuk memuaskan nafsu(aku dah kabor dah, aku tujukan tazkirah ini hanya pada org yg dah kahwin atau nak kahwin untuk waktu terdekat… yang tak ada niat nak kahwin, main jauh-jauh..)

Sambung balik pasal jari nafsu atau jari F*CK ini…, biasanya jari ini bagi orang yang dah kahwin digunakan untuk membanghkitkan ghairah sang isteri..(arghh, aku dah naik sheih!), Sekarang cuba awak bandingkan, kelihatan jari ‘nafsu’ ni lebih tinggi dari jari ilmu, (jari tengah lebih tinggi dari jari telunjuk)

Ini bermakana walau camne terer pun ilmu ugama , nafsu tetap mendahului, sebab tu nabi suruh kahwin cepat cepat!!!, (tak tahulah kalau jari korang sama panjang-alien ke apa?) banyak cerita ahli abib yang tak kahwin dan ibadat pulak tahap wali, tapi bila datang perempuan, di pendekkan cerita di zinanya perempuan tu… nafsu mana boleh tahan beb!!! (Na’uzubillah)

OK, sekarang kita pergi pada jari manis, jari ini di ibaratkan sebagai seorang isteri yang manis.. isteri yang dapat meredakan nafsu shahwat lelaki..oh!

Bila kita renung akan jari manis ini, (eh,? dah ada cincin.. he he he), maka, kita dapati, jari manis dan jari ilmu akn mengapit jari nafsu…(jari manis dan jari telunjuk akan mengapit jari FUC*!!! ), maka nafsu akan terkawal… begitulah pentingnya iman, ilmu amalan dan isteri solehah!! (amin.. Ya rabbil a’lamin)

Dan jari anak mewakili isteri kedua, eh?! Silap, errr, ,mewakikli jari anak2 kita(dah namapun anak),
Nah!, maka sekarang kita lihat, inilah satu kehidupan yg sempurna, Sabda Nabi lebih kurang maksud: org yg berkahwin telah meyempurnakan separuh dr ugama…ustaz pulak kata;yg separuh lagi(5 jari) adalah rukun islam!

Wah wah wah, isteriku begitu mengagumiku, he he…bertambah respect dia pada aku…betapa berilmiahnya aku ha ha ha..(cubalah korang buat kat pasangan korang, jgn buat kat awek pulak!, jangan menghampiri zina!)

Ok, cerita lain pulak untuk member member sekepala dan awek aweks lama yang selamat mendirikan rumah tangga pada hari jummaat, sabtu, ahad dan isnin tadi! yang sedang sedap sedap menikmati perkahwinan..

Cerita ulangan.. (huh! Aku takde idea sebanarnya)
Pada satu hari, Aku dan isteriku dan anakku menonton VCD berjemaah..
VCD doa-doa umum yg dinyanyikan oleh sekempulan budak-budak..
Dalam video klip ada 2 kanak-kanak wanita dan 2 kanak-kanak lelaki, mereka menyanyi sambil menari…juga sekali sekala mak bapak mereka(agaknya) akan muncul untuk memeriahkan video klip tersebut..ustazah yg akan muncul membaca doa dengan gaya yg betul sebelum dinyanyikan oleh kanak2 di setiap lagu juga sungguh cantik dan comel juga he he heh..

Bagus pulak ada lagu2 dlm bentuk VCD seperti:Doa sebelum makan,Doa selepas makan Doa sebelum masuk tandas bla bla bla…Anak aku paling suka sangat nyayi lagu ni:

Lagu doa makan:
"Allahumma barik lana, fima razaqtana, wa qina adzdzabbannar.

Dan juga Lagu doa naik kenderaan
"SUBHNALLAZI SARKHA RO LANA HAZA WA MA KUNNA LAHU MUKRINNIN…(hingga habis)

Tiba-tiba aku tersenyum..

Isteri aku bertanya: kenapa?

Bila aku pandang wajah isteri ku..aku ketawa pulak..terbahak2Air mata mula bergenang kerana banyaknya ketawa..

Kenapa Bang?

Tak..abang tengah piker… kenapa syarikat VCD ni tak buat lagu doa sebelum dan selepas bersetubuh…oh...
Lalu aku menyanyi ikut rentak suka aku..sambil membayangkan video klipnya..

"Allahumma jannibnasy syaithaana wa jannibisy syaithaana maarazaqtanaa "

Aku dan isteriku sama2 ketawa ..anak2 kami pelik melihat mak bapak dia yg macam kerasukkan..padahal mereka tak sedar yg kami sudah berjumpa ‘kod’ baru untuk berasmaradana ..he he he

"ASMARADANA…AAAA..AAAA..KE PUNCAK CINTA…AAA…."

Nota: kepada member member sekepala dan awek aweks lama yang selamat mendirikan rumah tangga pada hari jummaat, sabtu, ahad dan isnin tadi!..selamat berasmaradana!!
Enjoy!!!

Seorang sahabat yang tak kahwin cakap kat aku..
Eh, ko tau tak kat syurga nanti ada macam2 termasuk lah ganjaran 83 tahun utk. bersetubuh..... tapi. kat dunia ni kita dapat 3 saat je utk bende itu.

Aku kata : 3 saat?, aku tak pernah set jam pun..ish.. ish..

Jadi kepada member member sekepala dan awek aweks lama yang selamat mendirikan rumah tangga pada hari jummaat, sabtu, ahad dan isnin tadi!..selamat mencari rahsia 3 saat!!!

Ok, aku bagi Lawak 3 saat. Khas buat member member sekepala dan awek aweks lama yang selamat mendirikan rumah tangga pada hari jummaat, sabtu, ahad dan isnin tadi!(baiklah, aku mengaku-aku agak naik sheikh sekarang nie.. isk!)

Lawak 3 saat;
Isteri aku baru beli baju tidur...

Dia pun ‘acu’, ‘cuba’ , ‘trial’, ‘test’ pakai depan anak-anak..
katanya..pakai baju tidur sangat senang nak bukak,
sebab ada org tolong bukakan..sambil menjeling ke arah aku...

HA HA HA! (pandai pulak dia buat lawak tragis, time mengandung sarat 9 bulan pulak tuh, huh!)

Ok, Uhuk..uhuk..(batuk) aku cuba serius sikit…

Aku nak tanya korang, Apa maksudnya KAHWIN?

Atau apa yang korang faham apabila tok kadi lafaz SAH!

Lalu member member sekepala jawab "SAH" dan awek aweks lama yang berpasangan dengan member member sekepala itu menangis gembira … yang bermakna sempurnalah perkahwinan korang, tapi apa yang korang faham di sebalik makna tersurat dari perkahwinan yang sempurna itu?

Sebenarnya, maksud yang tersirat di sebalik perkahwinan yang telah tersurat selamat di ijab kabulkan adalah bermakna, (saya perasan pandai) segala dosa sang isteri yang sebelum ini di tanggung oleh ayah dia, abang dia,bapak dia, kini korang sang suami yang kena tanggung segala dosa isteri korang tuh, ayah dia dah boleh cuci tangan… sebab tu ada ganjaran yang besar untuk ibu bapa yang ajar anak perempuan dia dengan ilmu ugama dan kahwinkan cepat cepat…

Sabda Nabi Muhammad s.a.w (lebih kurang) "kemulian wanita terletak dalam tiga perkara:

1.Cepat kahwin

2.Murah maskahwin

3.Cepat beranak."

Dalam Hadith riwayat Saidina Ali Karamallahuwajjah, 3 perkara kena cepat2,:

1. tanam mayat

2.Solat bila masuk waktu.

3. kahwinkan anak perempuan bila ada org berhajat padanya.

"Kain buruk lebih mulia dari wanita yang tak nak beranak (lebih kurang hadith)"

SATU PERINGATAN DI SEBALIK TABIR PERKAHWINAN…
…Jadi di sebalik perkahwinan yang sempurna adalah satu beban atau tanggungjawab yang berat yang mana segala kesalahan sang isteri akan di tanggung oleh korang seorang!!!

Maka kerana itulah juga apabila ugama telah sempurna, Abu Bakar ra, yang faham dengan hakikat ugama yang sempurna telah menangis kerana segala beban dan tanggungjawab yang selama ini di tanggung oleh para Nabi dan Rasul kini terpaksa di tanggung oleh ummat akhir zaman dan tiada Nabi lagi bersama..isk. isk…

DAN..Maka kerana itulah juga apabila perkahwinan telah sempurna, suami yang faham dengan hakikat perkahwinan yang sempurna telah menangis kerana segala beban dan tanggungjawab yang selama ini di tanggung oleh Ayah perempuan dan wali perempuan, kini terpaksa di tanggung oleh sang suami seorang dan apatah lagi jika isteri korang tak bertudung, warna rambut macam bonggol unta, tak solat awal waktu, memakai wangi-wangian dan seribu sebelas ratus lagi dosa dosa yang aku takut isteriku terlibat sama..oh!

Huh, aku kena menangis sepatutnya bila kahwin dengan wanita akhir zaman, tapi aku tak, sebaik sahaja majlis perkahwinan aku sempurna di ijab kabulkan, aku terus tersenyum gembira terkenangkan katil..oh!

Maka, menangislah kamu wahai member member sekepala dan awek aweks lama yang selamat mendirikan rumah tangga pada hari jummaat, sabtu, ahad dan isnin tadi!

Ok, untuk yang belum kahwin, ada sedikit muzakarah (perbincangan) yang aku ambil dari kotak komen blog keretamayat ini yang boleh di ambil iktibar dan renungan… kerana aku tahu bahawa bukan semua pembaca blog ini yang akan baca komen...oh!

2 comments:

alihanafiah said...

kalau ade awek..on jer....esok pun ley kawen..dah xde...nak wat cane..munir len cer la..banyak awek

alihanafiah said...

kalau ade awek..on jer....esok pun ley kawen..dah xde...nak wat cane..munir len cer la..banyak awek