Wednesday, April 15, 2009

Apakah kondisi kewangan anda?

PhotobucketImage Hosted by ImageShack.us


Maaf kerana saya repostkan kembali thread saya yang sebelum ini memandangkan terdapat sedikit tambahan untuk saya kongsi bersama. Sekali lagi maaf saya pohon kerana penggunaan Bahasa Melayu saya yang amat terok!

Setiap kali orang datang melawat web saya, pasti ada yang tertanya-tanya apa keistimewaan penulisan di dalam blog ini. Saya pasti anda semua tentu berminat mengenai kewangan bukan? Bagaimana status diri anda dan sebagainya. Mungkin ini masa yang sesuai untuk kita baca, teliti dan renung renungkan di manakah kita sebenarnya.

Mungkin ini perkara baru bagi anda, dan mungkin juga anda telah lame sedar akan keadaan sebenarnya. Sama-sama kita bincangkan.

+/- Read More

Ada di antara anda Engineer, Architect, Lawyer, Doctor, Pensyarah, Manager,pendek kata berpangkat besar. Akan tetapi, sedarkan anda bahawa anda dalam golongan Rat Racea atau Fast Track? Adakah anda dikategorikan sebagai berjaya?

Pernahkan anda membaca buku "RICH DAD POOR DAD" yang ditulis oleh ROBERT T. KIYOSAKI dan SHARON L. Lechter? Mungkin segelintir daripada anda tidak berminat untuk membaca dan tidak terkecuali saya!

Di sini saya ingin kongsi bersama apa yang ditulis oleh mereka yang telah berjaya. Mungkin olahan dan gaya bahasa terpaksa saya tukar mengikut kesesuaian keadaan.

Rat Race

Majoriti rakyat Malaysia dan dunia sebenarnya berada dalam putaran rat race. Apakah rat race? Putaran hidup kita lah.

Cari kerje, dapat kerja, pergi kerje, balik kerje, shopping, beli kereta, beli rumah, dipecat, vss.
Ramai yang bekerja keras untuk hidup disebabkan mereka tidak pernah terfikir bagaimana untuk keluar dari rat race ke Fast Track. Pendek kata, sepanjang hidup mereka berputar-putar ibarat perlumbaan tikus. Kesimpulannya, mereka sentiasa berfikir mengenai masalah kewangan.

Adalah tidak keterlaluan jika saya saya katakan, perkara ini berlaku dari generasi ke generasi seterusnya. Izinkan saya memberi contoh yang mudah untuk difahami. Ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah dan berpesan, "belajar rajin-rajin ye. . nanti kalau belajar pandai, boleh dapat kerja elok-elok. Betulkan dengan mendapat cemerlang di dalam pelajaran mampu menjamin kewangan yang stabil?? Apa orang yang tidak berpelajaran tidak mampu untuk berjaya? Dari segi logiknya begitulah situasinya bukan.

Berapa ramai dari golongan pembaca mempunyai degree dan master lebih dari satu bidang? Atau berapa ramai dari anda yang melakukan lebih dari dua kerja? Kenapa yang kaya makin kaya? dan yang miskin terus diambang kemiskinan? Fikirkanlah. .

DOODAD (Salah satu elemen di dalam rat race)

Apakah yang anda lakukan selepas gaji? Simpan? Invest? Beli bisness? atau belanja? Mungkin anda lebih gemar untuk berbelanja mewah, shopping sana sini, beli barang-barang yang tidak diperluan. Adakah anda tinggakan saki baki gaji hanya utk sara diri? Mungkin untuk sesetengah orang ini satu keperluan tapi most of the time ia tak penting pun. Doodad incurred --> expense increase --> saving decrease.

Fast Track

Fast track ialah orang yang dah berjaya mencari jalan keluar dari Rat Race dan tahu apa yang dia perlu lakukan untuk meningkatkan pendapatan semasa dia berada dalam rat race. Contohnya melabur, membuka syarikat, membeli mata wang/emas, tanah dan sebagainya. Apabila anda tahu rahsianya, saya yakin anda akan lebih berkeyakin.

Terdapat 3 jenis pendapat yang boleh saya huraikan secara ringkas. Sayang masa terlalu beharga, izinkan saya huraikan satu daripadanya.

Passive Income.

Active income ialah income yang diperolehi dari active participation. Contohnya bekerja makan gaji, bisnes seperti jual kat pasar malam dan lain-lain.

Passive income adalah sebaliknya. Passive income bermaksud adalah di mana anda tidak perlu berada di tempat anda berurus niaga. Dalam erti kata lain, anda tidak perlu mengusahakan bisnes anda. Contohnya rumah sewa, royalti, dividen dan lain-lain. Pendek kata anda akan tetap mendapat pendapatan. Mungkin dengan membaca buku ini, akan memperjelaskan lagi fahaman anda.

Di sini saya ingin memperjelaskan lagi, aset adalah apa sahaja yang mendatangkan keuntungan kepada anda. Tidak semestinya RUMAH adalah aset kepada anda. Menurut Robert, apa-apa yang mendatangkan beban kepada anda seperti bayaran bulan dan cukai tidak boleh dianggap aset sebaliknya LIABILITI! Maksudnya selagi rumah anda masih berhutang dengan bank, rumah anda juga tidak dianggap sebagai aset.

Selebihnya sila baca buku ini untuk maklumat lanjut. Saya pasti semua orang ingin berjaya dan bersara dalam umur yang awal bukan? Apa langkah yang anda ambil?

Cheers




post signature

No comments: