Wednesday, May 28, 2008

Alahamdullilah part 2

Syukur kehadrat allah kerana dengan limpah kurnianya aku masih bernyawa lagi untuk menulis blog seperti hari-hari yang lain. Hari ini berbeza dari hari biasa kerana hari ini Allah telah mengangkat darjat seorang insan yang kerdil lagi hina di mata manusia. Memang benar, penantian sebenarnya lebih kepada satu penyiksaan. Alhamdullilah, penyiksaan itu telah berakhir.

+/- Read More

Sesungguhnya juga allah akan memberikan kepada orang yang berusaha dengan sekelip mata, dan boleh menarik semula pemberiannya dalam sekelip mata juga. Sesunggguhnya allah itu maha berkuasa, tetapi hanya aku yang tidak bersyukur atas pemberiannya. Ya allah tunjukkanlah aku jalan yang benar, jauhilah aku dari segala perkara maksiat. Janganlah engkau sesatkan aku dan membuat aku lupa diri dan asal usulku.

Di sini aku ingin berterima kasih pada ibu bapa serta kawan-kawan aku yang tidak pernah putus memberikan semangat dan kata-kata peransang. Tanpa mereka semua siapalah aku sekarang. Ingin aku nyatakan di sini, berusahalah untuk kebaikan diri sendiri dan sesungguhnya rezeki itu tidak datang dengan sendirinya. Naikkan martabat melayu.

Sama-sama kita berusaha dan maju kehadapan, yang lepas kita jadikan pengajaran. Insyallah, kita semua akan berjaya dengan berkat usaha dan tawakal. Assalamuaikum.

No comments: